Lahirmu di Minggu 34 Nak!
Ini cerita paling gembira tahun ini.
Cerita kelahiran anak teruna pertama dalam keluarga.
Alhamdulillah.
New khalifah born on July 14,2013 @ 34week.
Lahir pra matang. Kau memang nak keluar awal nak. Ya Allah, kalau nak bercerita dari mula, memang panjang berjela. Namun, ingatlah ceritanya bermula dengan kisah yang mendebarkan tetapi berakhir dengan kegembiraan yang tak terkata.
Kamu lahir pada minggu ke 34 sayang. Masih belum matang pun. Ya Allah masa ni pandang kamu, susah betul nak bukak mata. Ambik masa seminggu juga kamu nak buka mata Fateh. Jujurnya aku pun seram. siap tanya doktor lagi. Plus aku korek korek juga kelopak mata tu nak bagi terbuka. Dalam hati dupdap dupdap..sesambil berdoa, janganlah anak aku buta. Risau mak mak gitulah.
Badan ko pulak satu hal. Isi pun tak ada lagi.Ingat lagi, memang nampak tulang je. Kurus kering. Sungguh macam tak cukup vitamin. Ingatlah anak anak, jaga kandungan dan makan makanan yang berkhasiat nak semasa mengandung.
Masa sebulan bawa balik ke Gerik pun,menangis maktok tengok. Ko kurus betul. Maktok kata macam Aftican yang tak cukup zat tu. huhu. Tapi begitulah gambarannya.
Lahir pra matang dalam bulan Ramadan. Aku demam masa ni. Panas betul badan. Memang melepek je tak mampu buat apa apa. Aku ingat lagi aku tak mampu pun nak bersahur..tapi cuba juga untuk lengkapkan puasa. Lepas tu melepek.
Mek dan arwah abah pun risau masa tu, berdesup panggil nak bawa ke hospital. Memula terjah ke Klinik Kesihatan Purun,lepas tu naik ambulan direct terus ke Hospital Temerloh.
Merasalah festime naik ambulans ahaks.
Then the rest is history. Nanti mak kau cerita lagi kisah kelahiran ko Fateh. Dasyat ni.
Alhamdulillah Allah panjangkan umur untuk aku terus berbuat kebajikan.
Amin. Mudah mudahan usia yang dilanjutkan Allah ini diberkati dan dirahmati Allah. Amin.
Aku ke hospital kerajaan untuk kelahiran ini tanpa hospital beg pun. Balik kg biasa je. lagipun awal lagi kan ko nak bersiap siap. Dan masa mengandung Fateh lah pulak aku tak bukak buku pink. Ko punya confident kelahiran yang smooth di hospital swasta itu tidak berlaku. Allah tune sekejap je.Dan aku ke hospital kerajaan tanpa buku pink milik kerajaan. Takdirnya , Allah tentukan kelahiran aku kali ini di hospital kerajaan.
Moral Dari cerita ini,
Buku pink ini wajiblah dibuka , senang yang amat doktor nak buat pemantauan kalau kau tetiba dirujuk ke klinik or hospital kerajaan. walau niat ko untuk bersalin di swasta, tetaplah buka buku pink. Dan buatlah monthly check up di Klinik Kesihatan juga. Kita belum tahu takdir kita bagaimana.
Moral Dari cerita ini,
Buku pink ini wajiblah dibuka , senang yang amat doktor nak buat pemantauan kalau kau tetiba dirujuk ke klinik or hospital kerajaan. walau niat ko untuk bersalin di swasta, tetaplah buka buku pink. Dan buatlah monthly check up di Klinik Kesihatan juga. Kita belum tahu takdir kita bagaimana.
Secebis ingatan dari mak,
"Jadilah lelaki yang berani berdiri untuk kebenaran, walaupun bersendirian."
juga ingatlah,
"Seorang anak lelaki tidak dilahirkan hebat, tapi dibentuk oleh usaha dan pilihan yang dia buat setiap hari."


Comments
Post a Comment