Kisah Kita

Ini kisah tentang gadis kecil ini
Gadis kecil Yang berjiwa besar.


Ini coretan mommeh, waktu Hannah berusia setahun. Waktu Hannah bertukar dari hospital kerajaan ke hospital swasta. 
Bukan kerana kurangkan pakar di hospital kerajaan, tapi kita membeli masa. 

Coretan dulu..

Ini Gadis kecil yang berjiwa besar.
Bukan mudah untuk Hannah lalui sejak dari lahir .
Kadang mommeh tertanya tanya juga
Apa yg Hannah rasa sebenarnya,Kelu dan momma tahu hanya Hannah saja  yg tahu.

Mungkin terlalu kecil untuk Hannah tahu tentang letih, lesu, atau brainfog..
Dan momma serahkan segalanya pada Allah . Dialah yang Maha Berkuasa . Dan Allah Yang Maha Mengetahui segalanya.
Permudahkan untuk dia Ya Allah.

Alhamdulillah.
Hingga kini, Hannah kekal sihat..kekal ceria dan gembira, dan melalui hari hari tanpa apa apa perkara yang menggusarkan hati.

Momma tahu kita punya Allah dan momma juga tahu..
Kerana..
Hannah anak kecil Yang berjiwa besar.



Comments

Popular Posts